Want your
own Fotopage?








 
theAmatorPhotographer

By: husmira hussin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Nov-2009 11:17 Email | Share | Bookmark
ADAKAH FOTOGRAFI DIANGGAP SENI TULEN DAN ASLI?

Enteri kali ni aku nak mejawab persoalan dengan pengalaman ketika aku belajar B.A.Hons Art Education... saje nak membebel dengan konsep dan pendangan aku..

Masih aku ingat ketika belajar dulu ada dikalangan pensyarah membantah dan menafikan bahawa bidang Fotografi adalah BUKAN seni yang tulen dan asli berbanding dengan bidang seni lukis dan rupa yang lebih menggunkan psikomotor iaitu tangan...

Dan masa tu aku bersetuju sahaja dan angguk saja disebabkan persepsi terhadap pensyarah adalah seorang yang berpengetahun dan berpengalaman luas...

Tapi kini.. bila aku sendiri terlibat dengan fotografi ..aku rasa pendapat itu TIDAK BENAR dan kritikan serta melebel bidang fotografi ini adalah terlalu cetek dan tidak rasional dari segi pendekatan ilmiah/estetik/kreatif dan kemahiran tapi berpegang pada teori lama yang di ungkapkan oleh tokoh-tokoh seni barat yang hanya mahir melukis tetapi tidak mahir menggunakan kamera.. masih ada bios dan prajudis terhadap sesuatu konsep berdasarkan penilaian kebolehan peribadi sahaja tetapi tidak dinilai secara menyeluruh.

KENAPA isu ini ingin saya bincangkan... sebab ada dikalangan para seniman kita menganggap fotografi ini bukan seni asli tetapi datang dari kemajuan teknologi yang menghasilkan foto yang cantik..bukan 100% hand made..

Apapun yang di ulas dan di kritik bagi saya..cuba dahulu sesuatu bidang itu baru kita menilai dan meletakkan status bidang tersebut..

KENAPA SAYA KATA FOTOGRAFI JUGA SATU BIDANG SENI YANG ASLI...
Baik..disini saya akan bandingkan secara ringkas..

PELUKIS:
Media : arcilic/cat/berus/kanvas/kertas/palat/etc
Teknik : Drawing/Painting/Pointer/Kolaj/etc
Kemahiran :Kreatif utk berfikir Prinsip dan asas Seni (warna/komposisi/etc)
: Psikomotor untuk mengawal penggunaaan berus/palat/etc
Masa :Bergantung pada saiz/media/etc ada sampai 6 bulan baru siap 1 karya
Hasil Karya :Berkonsep Impresionalisme/Surelisme/Realistik/Abstrak/ect
Market : Pamera/Audien yg beli/individu tempah/

FOTOGRAFI
Media :Kamera/Lense/Lighting/Filter/etc
Teknik :CLS/HDR/Paining/Bokeh/etc
Kemahiran : Kreatif utk berfikir Prinsip dan asas Seni (warna/Komposisi/etc)
plus lagi.. Rule of Third/Framing/etc
:Psikomotor untuk mengawal kamera (paining/elak vibration/etc)
Masa :Beberapa saat setelah snap/kalau editing satu foto paling lama 1 hari
Hasil Karya : Berkonsep realistik (terus dari kamera)/editing(CS2'3'4 Adobe)/Contrast/Light trail/etc
Market: Global... luar rumah..internet.. mana2 jer/weding Job/Product Shot/etc..


Bagi saya, semua ini berasal dari otak manusia..jika otak boleh berfikir secara kreatif/inovatif/produktif/ segala tiff format apa pun hasil karaya yang unik dan genius untuk santapan audien itu adalah SENI dan ianya tulen kerana kita menggunakan otak sendiri untuk penghasilan semuanya secara dominan..

Satu fenomena;
1).Fotografer menggunakan kamera mahal/gear yang mahal mengahsilkan foto cantik..(lebih dominan pada kamera bkn pada si tuan yg seting tu ke?) ada juga orang pakai kamera compaq lebih cantik dari orang pakai D3..tgk pada estetiknya..

2.)Pelukis yang menggunakan cat yang berkualiti dan mahal hasil karya nya lebih menyerlah... (bukan kah ini bantuan media juga?) ada juga pelukis guna cryon LUNA budak tadika pakai tapi hasilnya lebih hebat dari pelukis menggunakan media mahal..bezanya..nilai pada estetiknya juga..


Secara jujur bukan untuk mempersenda mana-mana pihak..cuma bagi pendapat sahaja sebab saya juga di kalangan orang yang menceburi kedua bidang ini..
bahawa SENI ITU SUBJEKTIF...
masing-masing mencari kelainan dan melanggar peraturan untuk menonjolkan keunikan identiti... dan konsep itu juga masih sama di antara bidang fotografi dan seni lukis yang masing-masing menggunkan kemahiran kognitif secara kreatif dan psikomotor yang stabil...


JADI?? Apakah pula jawapan dari anda?


kalau la leonardo da vinci n picasso masih hidup, memang kau kena kutuk la bro..... nama photography juga adalah seni.... secara amnya..... photography bermaksud ilmu cahaya.... Tue 3-Nov-2009 01:30
Posted by:ikhram
Seni itu tak terbatas . . .


Tue 3-Nov-2009 06:12
Posted by:RnZ Photo JB  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.